Showing posts with label angkasa. Show all posts
Showing posts with label angkasa. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Fakta Angkasa: Soyuz 1

Russia adalah sebuah negara yang maju selepas perang dunia kedua. Mereka negara komunis yang maju sehingga menjadi saingan negara-negara bukan komunis termasuk UK dan Amerika Syarikat.

Bendera Amerika Syarikat dan juga Kesatuan Republik Sosialis Soviet atau Kesatuan Komunis Rusia

ikhsan shuttleshock

Russia mendahului dalam bidang angkasa dari Amerika Syarikat. Pada masa itu, masih dalam proses untuk ke angkasa. Russia juga negara pertama menghantar satellit, binatang dan juga manusia ke angkasa.

Selepas beberapa kejayaan, Russia ingin menghantar manusia ke bulan apabila mengetahui bahawa negara saingannya Amerika Syarikat akan menghantar manusia ke bulan. Selepas matinya sainstis roket mereka iaitu Sergey Korolyov, Russia terpaksa teruskan program angkasa mereka dan juga program angkasa ke bulan.

Misi Soyuz pertama adalah untuk memperbaik misi sebelumnya iaitu Voskhod 2. Juga untuk testing space docking antara 2 kapal angkasa dan juga berjalan diluar angkasa seperti dilakukan pada misi Voskhod 2. Yuri Gagarin sepatutnya menjadi pilot pertama di Soyuz 1 tetapi disebabkan hal politik beliau tidak diterima dan menjadi backup pilot. Pada masa tersebut, Yuri Gagarin tidak tahu apa yang sedang berlaku dan kenapa pihak politik bertindak demikian. Pihak politik buat demikian kerana bimbang tentang kapal angkasa soyuz yang mempunyai 203 kesilapan ralat dalam kapal angkasa tersebut dan juga kapal angkasa tersebut adalah bahaya bagi seorang manusia untuk mengendalikannya. Pihak angkasa ini membaiki kesalahan tersebut atau ingin menghantar kapal angkasa tanpa manusia tetapi dihalang oleh pihak politik komunis Rusia kerana mereka tamak untuk bersaing dengan Amerika Syarikat tanpa mengerti maksud belas kasihan. Kawan karib dan rakan seperjuangan Yuri Gagarin iaitu Vladimir Koramov menjadi angkasawan pertama mengendalikan Soyuz 1. Beliau tidak tahu bahawa ini mungkin hari terakhirnya.

Yuri Gagarin


Vladimir Komarov


Yuri Gagarin dan Vladimir Komarov, mereka berdua kawan baik.


Soyuz 1 berlepas pada April 23, 1967 dari Baikanor Cosmodrome. Ini juga membuat Komarov org Rusia pertama ke angkasa 2 kali. Selepas pelancaran, bahagian solar tidak berfungsi. Peralatan komputer dalam kapal angkasa tersebut tidak berfungsi, sistem manual hanya yg separuh berfungsi. Misi penyelamat mengunakan Soyuz 2 untuk membaiki solar Soyuz 1 terpaksa dibatalkan kerana ribut dan kilat telah merosakkan sistem komputer di Soyuz 2.

Soyuz 1


Pada tarikh 24 April, misi Soyuz 1 dibatalkan dan Koramov dibenarkan masuk ke bumi selepas 18 pusingan orbit. Di bumi, Komarov berdepan dengan satu lagi masalah, payung terjun tidak dapat berfungsi menyebabkan kapal angkasa Soyuz terpaksa terhempas ke bumi dengan kelajuan yang tinggi. Komarov dengan berani cuba membuka sistem payung terjun dengan cara manual, tetapi gagal. Akhirnya kapal angkasa Soyuz 1 terhempas dan mengorbankan Komarov. Sebelum terhempas Komarov mencarut ke pihak jurutera dan juga bercakap dengan isteri sebelum terhempas. Vladimir Komarov diberikan Gold Star kerana menjadi seorang Hero untuk bangsa Rusia.

Kawasan kapal angkasa terhempas


jam tangan Koramov yg terselamat


Selepas incident tersebut, pihak angkasa Rusia dengan tegasnya membaiki kapal angkasa Soyuz supaya selamat untuk manusia ke Angkasa. Hari ini Soyuz adalah salah satu kapal angkasa yang terbaik dan masih digunakan untuk misi ke International Space Station. Lebih baik dari kapal angkasa NASA.

Monument Koramov sebagai tanda seorang wira angkasa yang terkorban.


Maklumat
Maklumat wiki tentang Soyuz 1
Fakta yang lebih terperinchi
Maklumat mengenai Soyuz 1

Berhati-hati jika anda search gambar Vladimir Koramov kerana ada gambar mayat beliau yg telah terbakar dan tidak boleh dicam. Tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Thursday, February 2, 2012

Fakta Angkasa: Apollo 1

Sudah lama saya jarang blog tentang angkasa. Hari ini saya akan blog tentang angkasa mengenai Apollo 1. Bukan biskut atau kek Apollo yang kita suka makan ya !

Cake dan biskut Apollo, my favourite !!!


Logo Misi Apollo 1


Apollo 1 adalah salah satu misi Amerika Syarikat ke bulan atasan arahan dan cadangan President Kennedy sebelum beliau ditembak. Misi ini juga untuk bersaing bersama Russia yg telah maju dalam bidang angkasa. Ini juga adalah titik permulaan Perlumbaan Angkasa dan perang dingin bersama dua kuasa besar.

Nasa telah memilih 3 angkasa terbaik untuk misi ini. Angkasawan tersebut adalah Virgil "Gus" Grissom, Edward H. White and Roger B. Chaffee.

3 angkasawan yang dipilih


Apollo 1 ditugaskan untuk bagaimana kapal angkasa Apollo berfungsi di angkasa. Juga untuk mengendali Command Service Module iaitu sejenis kapal angkasa kecil tetapi unique untuk pengembaraan ke bulan. Banyak cadangan diberikan tetapi mereka hanya dapat membuat kajian tentang kapal angkasa Apollo 1 dan cadangan tersebut akan digunakan dalam misi seterusnya.

CSM Module(ini apollo 15 model yg canggih daripada Apollo 1)


Dalam banyak cadangan ada juga yang membantah misi tersebut kerana terlampau banyak benda yang berbahaya dan mudah terbakar ada dalam kapal angkasa Apollo iaitu nylon dan velcro. Ketiga-tiga angkasawan membantah kerana bimbang tentang keselamatan mereka tetapi tidak diendahkan oleh pihak NASA dan juga pihak yang mencipta kapal angkasa tersebut.

Pada tarikh Januari 27, tahun 1967. Sesuatu yang tidak diduga berlaku. Kapal Angkasa Apollo 1 tiba-tiba terbakar dengan maraknya. Paling menyedihkan ketiga-tiga angkasawan mati dan juga tidak dapat meyelamatkan diri mereka dan juga diselamatkan oleh krew penyelamat. Apabila krew penyelamat sampai mereka sudah terlambat. Ketiga-tiga angkasawan maut apabila menyelamatkan diri mereka. Selepas incident ini, ramai inginkan jawapan dan sebab kenapa angkawasan tersebut mati secara pantas dan tidak dapat diselamatkan.

Selepas siasatan mereka mendapati 5 perkara yang menyebabkan kebakaran di kapal angkasa Apollo 1. Pertama, Sumber api datangnya daripada tindak balas elektrolisis (electrolysis) bersama bahan mudah terbakar. Kedua, bahan mudah terbakar, banyak bahan dalam kapal angkasa termasuk pakaian angkasawan (space suit) dibuat dengan bahan mudah terbakar. Ketiga, atmosfera okisigen yang kuat menyebabkan api mudah merebak. Angkasawan di Rusia juga mati kerana bilik yg mempunyai ketumpatan oksigen yang tinggi sehingga menyebabkan mudah terbakar. Kes angkasawan tersebut dipadam oleh kerajaan Rusia yg zalim untuk menutup kegagalan mereka. Keempat, Reka bentuk pintu keselamatan, kerana pintu tersebut tidak dicipta untuk waktu-waktu kecemasan, ini pernah ditekankan oleh ahli keselamatan tetapi tak diendahkan. Kelima dan terakhir, persediaan kecemasan kerana tiada persediaan kecemasan untuk situasi berikut.

Siasatan ini juga telah membuat perubahan keatas misi angkasa dan juga peralatan yang kita gunakan setiap hari. Contohnya seperti mengantikan bahan mudah terbakar dengan yang kalis api seperti pakaian pelumba-pelumba yang kalis api.

Beberapa incident kemalangan maut angkasa daripada NASA pada bulan Januari dan Februari

- Kapal Angkasa Apollo 1 pada 27 Januari 1967
- Kapal Angkasa Challenger pada 28 Januari 1986
- Kapal Angkasa Columbia pada 1 Februari 2003

Click gambar untuk maklumat lanjut


pada April 24 anda tunggu untuk kisah Soyuz 1 lak.

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Hebat tau

Assalamualaikum, maaf la sbb lama xblog kerana terlalu sibuk. Saya manusia biasa dan tak makan untung blog mcm kwn2 lain yg cite pasal duit mereka.

Ok hari ni ada benda menarik nak share. Tadi masa class Java. Ada twitter update yg kata hari ni pelancaran Rocket Soyuz TMA-22. Aku pun cepat2 tgk, nak tau sikit. Alangkah terkejutnya? Adakah Russia benar-benar ingin melancarkan Kapal Angkasanya pada ribut Salji?

Kenapa bimbang?

Tragedy maut yg melibatkan Angkasawan Russia sewaktu diangkasa adalah pada tahun 1971 dan selepas incident tersebut jarang ada kemalangan angkasa.

Melancarkan rocket pada waktu sejuk adalah juga bahaya kerana dapat merosakkan system dan membekukan komponen-komponen rocket seperti tragedy Kapal Angkasa Challenger. Kapal Angkasa Challenger meletup di angkasa apabila salah satu komponen rocketnya iaitu O-ring rosak apabila terdedah pada cuaca yg sejuk.

Challenger Disaster !



Krew STS-51-L yg terkorban termasuk Christa McAuliffe seorang guru.


gambar ihsan wikipedia dan NASA

Apabila rocket dilancar betapa takutnya aku, yela akan meletup atau apa2 yg buruk berlaku lagipun ada misi special ni..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, rocket itu selamat dilancarkan dan ini menunjukan Kapal Angkasa Soyuz lebih lasak berbanding Space Shuttle NASA !!
bukan saja lasak tetapi NASA mengikut specifikasi standard Soyuz untuk semua docking module mereka tidak termasuk docking module Kapal Angkasa Apollo

Misi ini juga misi terakhir mengunakan kapal angkasa Soyuz TMA yg telah lama berjasa
Dato' Dr Sheikh Muzaphar pun naik kapal angkasa jenis Soyuz TMA

Kapal Angkasa Soyuz


Spesifikasi Soyuz


kapal angkasa yg dinaiki oleh Dato' Dr Sheikh Muzaphar, Soyuz TMA-11 ditangkap berhampiran ISS


gambar ihsan wikipedia dan RUSCOSMOS

Dan yg paling lawak masa tgk, adalah melihat sesuatu objek yg diminati ramai diatas kapal angkasa tu, ye objek tersebut telah memenangi beribu2 hati peminat di seluruh dunia. Objek tersebut akan digunakan dlm peyelidikan di angkasa dan objek tersebut adalah semua yg terkenal sehingga angkasawan Russia bermain dgnnya waktu berlancar.

apakah kejutan dan objek saya cakapkan ni??? nantikan Wordless Wednesday !!

P/S: Objek tu xde kaitan dgn dajjal, UFO atau apa benda yg diajar oleh ajaran sesat conspiracy theorist !!

Sunday, August 7, 2011

Berita Angkasa: Juno berlepas ke angkasa

untuk lebih maklumat lanjut sila ke laman web NASA, click sini untuk versi asal dan panjang

PASADENA, Calif. -- Kapal Angkasa milik Nasa Juno telah berlepas dari Lapangan Terbang Tentara Udara Cape Canaveral di Florida pada hari Jumaat pukul 12.25 a.m waktu Malaysia untuk pengembaraan 5 tahun ke planet Musytari.

Kapal Angkasa Juno akan ke planet terbesar sistem suria untuk mengkaji dan mendedahkan asal-usul dan evolusi planet Musytari. Sebagai "archetype" asal planet gas gergasi, Musytari boleh membantu ahli sains memahami asal-usul sistem suria kita dan belajar lebih lanjut mengenai sistem planet di sekitar bintang-bintang lain.

Untuk Maklumat lanjut tentang Juno, lawat http://www.nasa.gov/juno and http://missionjuno.swri.edu

=============================================

Semalam Nasa akhirnya telah lancarkan Juno, sejenis kapal angkasa yg digunakan untuk menyelidik planet Musytari yg penuh dgn mystery. Planet tersebut mempunyai pelbagai misteri yg aneh.

Ada berpendapat ada hidupan dlm planet tersebut, ada yg kata planet tersebut adalah matahari yg belum atau xjadi, dan pelbagai soalan.

Planet Musytari


Saiz sebenar Bumi dan Planet Musytari.


dan Lapisan Planet Musytari dan Zuhal


Gambaran artist Kapal Angkasa Juno di planet Musytari

Credits to JPL/NASA

Kapal Angkasa Juno akan membongkar misteri planet Musytari. Dia akan mengetahui asal-usul sistem suria dan juga planet Musytari dan bulannya. Siapa tau jika planet musyteri mempunyai daratan kerana planet musytari dilabel sebagai planet gas atau planet jovian kerana mempunyai lebihan gas. Juga untuk membongkar misteri ribut-ributan yg active dari azali termasuk the great red spot atau ribut bintik merah, ribut yg paling ganas di alam semesta. Planet Musytari mempunyai kuasa elektromagnet yg kuat sehingga dapat menukar orbit komet untuk melanggar kearahnya. Kuasa elektromagnet ini juga akan diselidik.

gambar kapal Juno berlepas

Image credit: NASA/Bill Ingalls


Image credit: NASA/Bill Ingalls

Kalau dulu voyager gunakan battery radiasi, Juno tidak dan dia mengunakan tenaga Solar..

selepas misi ini berakhir, Juno akan terhempas di planet Musytari supaya kapal angkasa tersebut xlanggar dgn bulan berais Europa, takut akan berlaku tindak balas bakteria dgn air yg boleh menyebabkan kehidupan hidup di bulan tersebut dan membuat bulan itu panas.

Kalau Dr. Sagan masih hidup, dia mesti gembira melihat Kapal Angkasa Juno dilepaskan untuk penyelidikan

Thursday, June 23, 2011

Yuri's Night

Perhatian: kerana sibuk posting ini lama dan gambar ditangkap xcantik kerana xon FLASH !!!

Pada tarikh 16 April 2011

aku telah di-invite untuk pergi ke Planetarium untuk sambutan Yuri Night !!

*Sebenarnya, si kwn yg comel hari tu pergi tgk Zuhal Live di sana.. aku ada mcm pergaduhan kecil bersamanya sbb xajak.. tapi xpe dah OK pun dia pun nak pergi tapi terpaksa balik kampung
Maaf sgt2 pada kakaknya iaitu kwn baik saya... >_<

event mula kul 8 tapi saya berlepas kul 8 sbb nak solat Maghrib dulu sbb sudah lama xpergi ke sana.. takut sesat.. also maafkan saya sbb terlampau pikirkan negative terhadap Abdullah Badawi kerana beliau suka datang LAMBAT ke Majlis kot2 dia ada situ..

selepas sampai ke sana...

wow telah lamaku xjejak kaki ke Planetarium Negara.. saya pun xingat berapa tahun eh??

gambar depan Planetarium bersama tangga ajaib =P

"Usaha tangga Kejayaan!"


Ikhsan blogger Mr. izzo

Teringat zaman kanak2, 1st time bersama kak ipar tgk Planetarium yg baru je tua setahun...

pastu tgk gerhana matahari tapi failed sbb kanta special sold out tapi Planetarium baik hati bagi buku gerhana free !!

sekali lagi tgk Gerhana siap LIVE !! rindunya...

n last bersama abang ipar dan keluarga...

Semua kenangan kanak2 saya ingat... pastu naik la tangga ajaib
*saya panggil tangga ajaib mungkin sbb saya jadi kanak2 again !!

masa tu kawasan Gelap sgt seolah2 mcm mati.. saya sedih melihat keadaan begini tapi saya percaya mungkin ini luaran bukan lagi dalam Planetarium

selepas sampai di booth.. saya masuk la.. gelisah pun ada sbb xde security also xde org di luar tapi saya tgk ada org di dalam so masuk.. baca la dgn Bismillah takut org MARAH !!! atau kena bayar dulu

masuk je, ternampak satu akak ni.. yg ceria !!!

dia pun tanya dgn baik hatinya..

"Yuri Night?"

Saya jawab "ye"

dia pun kata pintu mana tah.. tapi pintu tu kunci.. so datang balik.. pastu nampak ada org duk sign so sign la.. put my name n then told akak tu pintu terkunci.

so akak tu suruh saya dan beberapa org ikut satu abang ni ke panggung Bulatan Imax
*YA IMAX !!! SIAPA KATA TIMES SQUARE JE ADA IMAX THEATER, INI LA IMAX YG 1ST K !!

so masuk la n tgk performance.. mmg meriah.. duta Russia ada..

mula2 tunjuk shows n everything.. wow dlm hati saya.. meriah sgt.. sbb bersyukur Planetarium punya IMAX masih hebat mcm 1st day... (sebenarnya IMAX Japan punya projector dah rosak so mereka gantikan dgn yg baru)

i miss a few shows tapi dapat tgk yg gunakan lagu P Ramlee untuk mengingati angakasawan yg telah meninggal dunia dalam tragedi angkasa yg telah mengubah kehidupan manusia ke angkasa.

ada org yg tangkap gambar guna flash.. xmarahkan mereka sbb mereka xtau.. tapi saya tau dlm event atau concert xdigalakan flash kerana mengganggu..

Selepas pertunjukan angkasa, ada la pertunjukan nasyid dari sebuah Sekolah Agama.. Of course this is Malaysian Hospitality. Duta Russia suka prestasi kanak2 yg bernasyid.. wow ini la baru seorang duta.



Lepas tu ada pertunjukan tarian menarik, ala2 kanak2.. mmg cantik dan unique..
*lagu Malaysia atau Indonesia old school sgt2, lagu apa eh?? nak download =(



event yg mmg menyayat hati.. bak kata Carl Sagan "It has been said that astronomy is a humbling and character-building experience"

mmg betul kata Encik Carl Sagan !! it is a humbling experience...

pastu bacaan sajak dari seorang budak yg pakai baju angkasawan.. huhu cute !!



n then tarian robot dan tarian ala2 kungfu wushu ke apa... *sbb ada ribbon.

masa ni saya nak nangis tgk betapa meriahnya event ini.. so amazing... tapi saya macho saya cover nangis.. =P

selepas habis semua... semua turun untuk bergambar.. kebanyakkan adalah student yg ke Russia. Wow ramai gak..

ada seorang lelaki berbaju hitam, segak n rendah diri datang bersalaman dgn kwnnya yg berbaju kuning..

alangkah terkejutnya lelaki yg berbaju hitam itu adalah Major Dr. Faiz !!!

Gosh !! AWESOME !!

pastu sesi tangkap gambar dan saya sedar ini semua pelajar2 medic ke Russia

*blogger Yaya ada di sana dan juga pelajar Malaysia ke Russia

so pergi la ke tempat makan.. masa ni kena hati2 sbb dulu di KLCC kita pernah ditolak mcm anjing oleh security berjacket KLCC. Kalau duta Russia ada bermaksud kemungkinan BodyGuard KGB yg gerun mesti ada..

tapi Alhamdulillah dan mengejutkan bodyguard KGB bukannya gangster atau kurang ajar mcm Pegawai KLCC, mereka lebih peramah dan baik.. bukannya kasar seperti yg dikecohkan oleh media masa dan rancangan cerita US. Mmg zaman Communist Russia kasar tapi saya rasa Bodyguards ini lebih dilatih dan Professional.

So dapat la makan free food.. Malaysian food, org Russia makan je.. lagipun makanan yg ada tu sedap dan simple !! *humble food =P

di tempat duduk caterer terlupa.. ambil kicap bercili.. jadi kicap bercili ganggu tempat duduk aku bersama guru Russia, seorg ahli business, KGB bodyguard dan beberapa org.

Didepanku ada seorg ahli perniagaan berjaya dan from his looks of it mcm Dato' la of course. Pastu dia minta saya tolong alihkan kicap bercili dan dgn ketawanya dia berkata "ala cili ada sini, kalau tau mesti sedap dah nasi goreng ini,"

so tetiba pakcik ini bertanya saya dari mana dan bagaimana saya tahu tentang Yuri Night?

saya pun bagitau saya dari PJ dan tau Yuri Night dari kwn dan lepas tu double confirm dari laman web Bernama.

Pakcik tu tanya "Bernama radio?"

Saya jawab tidak lagipun saya xsuka Bernama radio.

Lepas bercakap anaknya yg lelaki datang dan berkenalan.. namanya Fendi. So xtau Fendi pun benci si Berlagak pandai gak.. so ayahnya pun kata "ada gang la ni"

so berkutuk la... kita pasal si berlagak pandai.. pastu si MC datang.. rupanya MC tu adalah adik Fendi.. so berkenalan.. n then cuba bergambar dgn Dr Faiz.. Alhamdulillah.. semua dah settle.. n then masuk panggung.. n tgk la Race to Space.. wow bestnya !!! saya suka tgk benda mcm ni...

lepas tu balik dgn muka gembira.. tapi sad.. tau kenapa??

1st xramai gak yg datang.. pastu media massa duk sibuk dgn lucah masa tu.. n lebih sedih.. I LOST CONTACT DGN Fendi... ahhhhh sedihnya

Terima kasih pada blogger Rahimah, adik Rahimah kenal adik Fendi !! so now i am in contact !! kena bagi gambar yg ayahnya janjikan !! Alhamdulillah

ada byk gambar tapi shot a bit blurry overall.. awesome !!

Monday, April 25, 2011

Dr Faiz akan ke ISS jika ekonomi mengizinkan

Dari Berita Harian dan BERNAMA



Dr Faiz

LABUAN: Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed hanya akan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) jika keadaan ekonomi negara mengizinkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) Zailani Samberid.

Bagaimanapun, beliau berkata, perancangan sudah dibuat untuk menyambung latihan yang diperlukan oleh Dr Faiz untuk mengekalkan kecergasannya sebagai sebagai persediaan misi itu.


ISS

Menurut beliau, misi itu terjejas berikutan masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 2008 dan 2009 yang menyebabkan dana untuk misi itu perlu digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain.
Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada selama 10 hari di ISS pada Oktober 2007.

"Kita bertanggungjawab menjalankan program mendidik belia dan kanak-kanak berkaitan pendidikan sains angkasa dan juga mendapatkan dana untuk membiayai misi Dr Faiz ke angkasa lepas nanti," katanya kepada Bernama di Forum Belia Asean Tentang Kreativiti dan Inovasi (AYFIC) 2011, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha menyemai minat berkaitan sains angkasa kepada pelajar.

Selain itu, ketika ditanya keperluan mempunyai seorang pelapis kepada Dr Faiz, beliau berkata, pemenang Cabaran Angkasawan Malaysia, Awang Shahrizan Awang Abu Bakar, 28, dari Sarawak, kini membantu Dr Faiz dalam mengelolakan program sains angkasa.
"Awang Shahrizan juga sudah pergi ke Pusat Angkasa Lepas Yuri Gagarin di Moscow, Russia untuk meninjau kemudahan latihan angkasawan di sana selepas memenangi cabaran itu di Pulau Langkawi dahulu," katanya.

YAM hadir di AYFIC 2011 bagi membantu Yayasan Inovasi Malaysia dalam menjalankan program berkaitan inovasi dan kreativiti membabitkan 113 peserta daripada negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan China.

Forum tiga hari itu yang berakhir esok membabitkan perbincangan di kalangan kalangan delegasi belia ASEAN berkaitan inovasi terbaru dan pemikiran kreatif.
- BERNAMA



=====================================

Kata Penulis Blog:

Insya-Allah saya percaya Dr. Faiz akan ke angkasa !! Tapi saya berharap beliau leh berusaha sikit untuk menjadi seorang Payload Speialist atau Pakar Muatan. Juga dgn usaha ini beliau xperlu lagi bergantung kepada kerajaan untuk ke angkasa.

Bukan saya nak bangkang kerajaan atau apa tetapi dlm kehidupan kita xboleh bergantung 100% pada kerajaan atau sesiapa kecuali Allah.

Saya percaya beliau boleh lakukannya !!

Tuesday, April 12, 2011

12 April 1961

Apa tarikh di atas dimaksudkan???

adalah satu tarikh yg paling bersejarah bagi manusia

tarikh ini adalah tarikh di mana suatu yg mustahil bagi manusia bukan lagi mustahil, di mana negara bersaing untuk kemegahan, di mana kedengkian bermula, di mana technology yg kita gunakan hari ini bermula pada tarikh ni 50 tahun dulu

apa yg saya cakapkan ni???

hari ni adalah ulang tahun ke 50 Yuri Gagarin ke angkasa atau manusia pertama ke angkasa !!



jom saya cite sikit...

pada zaman dahulu, Russia mmg terkenal dgn menghantar peralatan ke angkasa lepas iaitu Satellite seperti Sputnik 1 dan juga menghantar anjing pertama ke angkasa iaitu Sputnik 2..

selepas pelbagai kajian (atau teori konspirasi pasal Phantom Cosmonaut) dan pelancaran kapal angkasa Sputnik 9 dan 10.. Russian akhirnya memilih dan bersetuju untuk menghantar seorang manusia ke angkasa lepas.

dalam pemilihan hanya 20 terpilih dan salah satunya adalah Yuri Gagarin.

Yuri Gagarin mmg rajin dan dipilih apabila size-nya sesuai untuk masuk dlm kapal angkasa vostok 1.

Yuri Gagarin



*click untuk besar !!!

pada pukul 06:07 UTC, kapal angkasa vostok 1 berlepas ke angkasa. Daripada maklumat saya ada baca mengatakan kapal angkasa Vostok 1 kalau berbanding dlm kapal angkasa hari ini adalah lebih bahaya dan juga boleh menyebabkan kematian.

Selepas pelancaran yg berjaya. Yuri Gagarin berada dlm kapal angkasanya dan melihat keajaiban bumi. Dia dapat melihat bumi dgn cantiknya di angkasa. Dia xpercaya bahawa cantiknya bumi apabila dilihat di angkasa.

Semasa di angkasa, Yuri Gagarin rasa terapung-apung dan gembiranya apabila diatas angkasa.

Masanya untuk kebumi, ada beberapa masalah technical di kapal angkasa. Capsule reentry terlekat bersama wire2 bahagian belakang kapal angkasa menyebabkan kapal angkasa mengalami kesusahan untuk adjust. Engine Retro Rocket juga gagal sewaktu pendaratan. Nasib baik kapal angkasa itu ada ejection module (ala yg dlm kapal jet pejuang tu).. telah eject dan Yuri Gagarin terselamat dari terhempas. Apabila beliau mendarat dgn payung terjun, ada petani wanita bersama anak perempuannya terkejut melihat sesuatu yg aneh jatuh dari angkasa. Dan juga melihat alien atau manusia yg memakai baju angkasa tebal yg berwarna oren datang ke mereka. Mereka takut tapi Yuri memberitahu bahawa dia org Russia sama sepertinya dan perlu menelefon Moscow untuk menceritakan apa yg terjadi juga menberitahu tentang lokasinya.

Selapas pendaratan, Yuri Gagarin di-iktiraf sebagai Hero Russia dan ramai dari seluruh negara menghormatinya kerana pergi ke angkasa dan selamat balik ke bumi.

di bumi lak, President Komunis Russia Nikita Khrushchev membuat khabar angin untuk promote kekuatan komunis-nya dgn mengatakan bahawa "Yuri Gagarin kata x-ada tuhan di angkasa," sedangkan Yuri Gagarin adalah beragama Christian Orthodox dan juga tiada percakapan dlm radio ke angkasa yg mengatakan "tiada tuhan". Mmg pada zaman komunis Russia ramai org terpaksa sorokkan agama mereka jika tidak mereka akan dibunuh dgn kejam. Kekejaman ini berlaku pada zaman Stalin.

Pada masa tersebut, Russia teruskan membuat kapal angkasa dan penyelidikan angkasa. Penyelidikan mereka ini la yg membuat ramai anak2 muda berani ke angkasa juga mencipta peralatan2 yg canggih dan mudah alih.

Pada masa tersebut, Amerika Syarikat dengki dgn Russia kerana berjaya ke angkasa dan mereka pun ingin cuba ke angkasa dan lahirnya Space Race atau Perlumbaan Angkasa.

More articles yg menarik
Tentang bagaimana bahayanya kapal angkasa Yuri Gagarin
Movie First Orbit yg lama 1 jam tapi menarik dan direcord atas ISS
Video music pasal Yuri Gagarin dan apa berlaku semasa pendaratan

Friday, February 11, 2011

lagu berilmu angkasa

pernah baca posting ni???

Debat Angkasa

kat situ saya cakap pasal planet marikh kan??

ni ada lagu pasal planet Marikh n Enjoy !!!!

mmg terbaik !!

Monday, May 24, 2010

Perdebatan Angkasa Hebat: Aiman bersama bekas pakar

Assalamualaikum, beberapa hari lepas adalah hari memecah record bagi Mars Exploration Rover kerana telah menduduki lama di Planet Marikh daripada Probe Viking.

gambar Marikh dari Viking


Happy 6 years

Spirit dan Opportunity


Selepas baca article Nasa yg best ni.. saya pun teringat nak search pasal seseorang bekas pakar dan tak tau dia tu ada tulis pasal astronomy. Mmg ada yang perlu dibaiki.. dan ingin saya berdebat dgn dia... based on his article yg dijumpai di sebuah blog. Saya kesian blog org tu kerana copy n paste je daripada memberi pandangan atau mengkaji dulu article sebelum posting. (pada pemilik blog tu sorry k)

Article bekas pakar tulis pada tahun 2004 dan laman webnya ditutup. Blogger yg upload article ni adalah pada tahun 2008.

Debat pertama !!





ada grammatical error, dehantar sedangkan dihantar takpe.. dimaafkan.. kita lihat ada byk probe di hantar dan gagal, mmg kisah ini betul kerana sudah banyak yg telah lost communication maybe sbb kerosakan software atau hardware durability yg lemah. Jap, dia kata Paftfinder adalah object pertama??? adakah dia tidak tahu???

Object pertama yg mendarat adalah probe dari Soviet Union (Russia) iaitu Mars 2 (Russia mendahului Amerika Syarikat dan byk probe di hantar) dan probe Amerika Syarikat yg pertama mendarat adalah Viking 1 Lander pada tahun 1976 !!! bukan pathfinder !! Juga Viking Lander telah mendapat gambar dari planet tersebut dari angkasa dan darat.

Gambar dari Viking 1 semasa mendarat di Marikh !!!


OK we go on

Debat 2





OK setuju sgt2, tetapi adakah dia tau buat masa ini Nasa masih cuba contact dgn peralatan yg gagal dan juga mereka cuba untuk beri alatan tersebut hibernation (untuk berehat) sementara waktu. Disebabkan hibernation mereka dapat menjimatkan kos dan juga memberi masa untuk peralatan tersebut relax.

Kos penghantaran of course la Mahal tapi NASA sedang cuba mencari alternative murah dan selamat. Every space exploration is expensive jadi kalau nak jugak jelajah, NASA kena bekerjasama dgn agensi angkasa yg lain mcm Russia dan lain2. Kos Makanan maybe mahal tapi i rasa dah standard kot harga sbb mereka makan makanan kesihatan bukannya rendang dan ketupat, kalau nak jugak rendang dan ketupat then special case la dan mahal.

Debat 3





Ok pasal penghantaran pulang ini mcm bodoh sgt2. Nasa dan juga agensi angkasa lain mmg dan dah set untuk penghantaran pulang. Suka tak suka mesti ada wajib untuk survival. Bekas Pakar kena tau bahawa Lunar Module juga mempunyai rocket untuk pulang???

Lunar Module berlepas dari bulan, direcord oleh Moon Rover


Anatomy of the Lunar Module
hak milik ABC, tolong click untuk tgk video tersebut

NASA sekarang ni mencari alternatives untuk bahan api dan yg paling baik adalah mengunakan kuasa nuclear kerana dapat jimat kos dan pengunaan hayat yang lama berbanding rocket biasa. Rocket Nuclear juga mempunya kuasa yg lebih tinggi berbanding rocket biasa. Rocket jenis nuclear diharamkan pada zaman John F. Kennedy.

Dedahan radiasi adalah perkara biasa dlm explorasi angkasa jadi daripada experience yg di pelajari dari bulan dan pembinaan ISS tak kan mereka belum bersedia ??

bekas pakar cuba untuk tulis tetapi mempunyai maklumat yang sikit, saya percaya jika beliau baca lagi mungkin beliau akan tulis hebat hebat? siapa tau?

Jika misi bulan adalah success, kenapa lak tidak marikh.. so apa2 pun kita tunggu, sbb NASA duk buat testing.

sekian aku punya debat... terima kasih

Friday, May 7, 2010

Fakta Angkasa: Voyager (BM)

mula2 baca bismillah (untuk yg Islam) n pasang lagu star trek



sebelum saya cite pasal Voyager tolong baca article di bawah ni...



dgn bangganya Nasa telah menghantar message bagi saya... seorang peminat astronomy...

mari saya cite serba sikit tentang Voyager ni.. zaman sewaktu Pelumbaan Angkasa (Space Race) Amerika dan Russia sering bersaing untuk tunjuk di dunia betapa hebatnya mereka dlm bidang angkasa lepas.. Russia mmg mendahului Amerika Syarikat dlm bidang angkasa

Mengapa Russia mendahului ??

- Manusia pertama yg ke angkasa adalah Russia iaitu Yuri Gagarin dan Vladimir Ilyushin
- Kisah Phantom Cosmonaut (Hantu Angkasawan) adalah juga Russia, Lost Cosmonaut ni adalah angkasawan yg sanggup berkorban untuk misi rahsia ke angkasa dan peluang mereka untuk hidup adalah SIFAR !!! mereka mati di angkasa dan tiada siapa tau dan identity mereka di padamkan dari Russia. Berlaku pada zaman komunis Russia. Russia buat begini untuk tutup malu kegagalan mereka kepada amerika syarikat.
- Manusia pertama EVA (Extra-vehicular activity) atau berjalan di angkasa juga adalah org Russia. Nama dia adalah Alexey Leonov
- Stesen Angkasa pertama adalah juga dari Russia yg bernama Salyut 1 dan yg paling lama di angkasa adalah MIR.
- Mungkin ilmu angkasa dan astronomy hebat kerana Russia telah menjajah byk negara Islam termasuk Kazakhstan. Al-Khawarizmi adalah sainstis yg disanjungi oleh org Russia sehingga ada setem untuk beliau.
- Planet Zuhrah yg sama saiz dgn bumi dan lebih panas dan bahaya adalah tempat pertama Russia menghantar satu Probe untuk mengkaji planet itu.

Al-Khawarizmi di setem Russia.


disebabkan Russia terlampau maju, jadi Amerika Syarikat ingin mencari cara untuk jadi lebih maju dari Russia.. satu daripadanya adalah Project Voyager. Asal Project Voyager adalah untuk mengkaji planet Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune serta bulan mereka atau name saintific mereka adalah Jovian Planets kerana mereka mempunyai lapisan gas yg tebal. Kedua-dua Voyager dilancarkan di Cape Canaveral, Florida mengunakkan roket Titan IIIE/Centaur.

kapal angkasa voyager


Selepas habis misi mereka melawat Planet Jovian dan juga bulan2nya.. kedua2 Voyager berlepas meninggalkan Sistem Suria untuk pergi ke Interstellar Space. (melepasi sempadan Sistem Suria)

Walapun jauh dari bumi, bintang yg paling hampir adalah masih Matahari. Kalau bandingkan kelajuan kapal angkasa hari ini berbanding voyager, voyager 1 adalah kapal angkasa yg paling pantas itu kerana mendapat sokongan graviti dan kelajuan dari planet2 Jovian.

Voyager ada satu peralatan yg begitu unik dan modern dinamakan Voyager Golden Record, Record yg emas ini mengandungi gambar (ye gambar, technology nasa canggih dulu walaupun technology tersebut ada pada hari ni), lagu dan irama di bumi dan juga kata salaman dari seluruh bumi (ada yg takde mcm Malaysia takde, Indonesia ada). Dia juga menyimpan lagu dari bumi dan bunyi2-an di bumi. Org kata bahaya sbb nanti Alien Serang.. ada kata itu untuk peace message kalau alien datang ke bumi tapi niat mereka yg asal adalah sebagai satu time capsule. Kalau satu masa anak cucu cicit kita dah ada technology ke angkasa yg laju mcm star trek atau star wars.. mungkin akan ambil balik voyager dan melihat dan mendengar betapa lainnya bumi pada zaman 1970-an...

anyway jom enjoy gambar2 Voyager !!!

Gambar Musytari yg di tangkap oleh Voyager


Gambar Planet Zuhal bersama gelangnya


Gambar Uranus


Gambar Neptune


Carta yg menunjukkan dimanakan kapal angkasa voyager berada sekarang


Battery radiasi daripada Voyager yg tahan lama


jarak Bumi yg jauh dari voyager yg dikenali sebagai "the pale blue dot" atau dalam bahasa malaysia "noktah biru yg pucat" (errr betul tak??)


jika ada fakta yg salah jgn marah tapi tegur dan nanti saya betulkan.

Terima kasih pada NASA dan Wikipedia untuk sumber tersebut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails