Thursday, January 26, 2012

random lah

Aku terfikir pada bulan Ramadhan lepas, waktu sahur.

Ada seseorang ini message kat aku, aku reply. Tapi dgn keadaan yg aneh, aku terfikir kenapa auntie message me?

Bukan apa? Sbb anak auntie was my xgf yg lari kerana wang. Aku pun duk terpikir. Kenapa auntie tetiba layan me?

bagi tau mcm2 aku pun mendengar dan menjadi seorang yg baik. Relationship aku dgn auntie mcm anak dgn mak, walaupun dlm hati mmg xnak jadi.

Tapi lama2 berfikir dan cakap dgn GF. Aku pun terfikir, dia datang nak chat sbb dia ada masalah?

Bila ada masalah baru nak cari kwn??

Bukan apa? Auntie pun cakap datang Penang bagi tau ye?

tapi dia datang KL, xbagitau kita siap pergi merata2... i pun cakapkan benda sama. Datang KL bagitau ye.

Aku pun mcm confuse apa niat sebenar auntie, but i rasa mcm bila ada prob baru nak jumpa kwn2..

i rasa seolah2 mmg betul, bila jumpa benda ni manusia boleh berubah, for good or for bad..



aku tau aku cakap pasal benda ni.. ada org nanti mengamuk lebih teruk dari kaum Yahudi !!! Apa2 pun sabar je la.. blog ini milik aku dan freedom of speech. Nak cakap adalah hak aku !!

Wednesday, January 25, 2012

Article Tun Dr. M yg terbaik

Apabila ramai di facebook duk sibuk dgn video Tun Dr M dgn Yahudi (saya pernah tgk dulu dan terbaik la) ramai yg leka dan lupa tentang satu article dari Tun Dr. M, yg saya katakan yg terbaik dan paling relevant dalam industri pengfileman.

Walaupun article ini pedas dibaca tetapi saya rasa Tun telah memberitahu dgn ikhlasnya tentang situasi tersebut. Jom baca article tersebut

==============

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

“Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

“Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

=====================

Saya terlampau setuju dgn article ini sbb pada zaman Tun Dr M memerintah, byk rancangan yg berilmiah ada di TV seperti TV Pendidikan dan juga rancangan2 yg lebih baik (NatGeo dan lain2). Setahu saya, rancangan2 tersebut xseteruk seperti hari ni. Aku boleh ingat ada juga cerita hantu yg menghina Islam contohnya seperti RASUK, KARAK dan lain2.

Orang yg direct cerita hantu ini juga xberilmu, kenapa? Sbb mereka buat film tersebut tanpa membuat siasatan atau learn the culture mcm satu cerita hantu dimana bomoh org Indon tapi baca serampah Thai dan juga ada tulisan Thai. Juga Al-Quran adalah lebih lemah daripada Hantu2 tersebut.

Jarang saya tgk filem Malaysia yg ala2 Science Fiction atau kemasyarakatan.

Pernah saya bertanya dgn krew satu syarikat Malaysia yg menghasilkan satu Filem Sci-Fi Malaysia yg boleh dikatakan terbaik dan sepatutnya keluar tahun lepas (2011) tetapi gagal, kerana xdapat kebenaran dari pihak atasan. Pihak Atasan pula lebih pentingkan $$$ dari kerja dan maruah. Sian movie Sci-Fi tu tidak dapat ditayangkan di pawagan kerana pihak atasan terlampau tamak dan leka membuat kerja.

But kita tgk movies hari ni dan juga di TV, byk yg berhantu dan juga menghina warga orang Kurang Upaya atau OKU. Juga rancangan yang bersifat menghina dan cinta-mencintai atau love couple daripada cerita dan kisah sayang ibubapa. Kisah percinta sehingga melakukan zina (bukan adegan sex tapi tindakan mendapat anak luar nikah) juga berlambak. Sinetron Indonesia juga berlambak di TV Malaysia seolah-olah rancangan kita xpernah diberi perhatian atau tidak sehebat mereka. Kadang-kadang ada juga rancangan yg tidak dapat dibuat kerana gagal mendapat kelulusan dari pihak penapisan filem kerana kepentingan politic. Dimanakah kehebatannya seperti TV sticom Kopitiam yg suatu ketika terkenal ke seluruh dunia sehingga Kopitam dapat bersaing bersama Phua Chu Kang?

Seperti Tun bercakap itu benar, ramai org Malaysia lebih leka dan lebih suka filem hantu. Ada juga terpengaruh sampai mempercayai bomoh dan karutan lebih dari Allah sehingga menimbulkan Syirik. Rancangan ilmiah pun xpe la kalau "cheesy" sbb rancangan negara jiran juga lebih cheesy. Juga rancangan yg cheesy inilah kita akan kenang (contoh saya teringat lagi Alam Ria TV3 dimana ada robot pink, xsuka tetapi ingat balik mmg kelakar). Lets start small and see how it goes.

Apa-apa pun saya berharap agar industri filem Malaysia sedar dan pilih ke arah yg lebih productive !! seperti Zaman2 arwah P. Ramlee, Jins Shamsuddin, Arwah Sudirman, Arwah Yasmin Ahmad dan juga yg ada hebatnya.

Friday, December 30, 2011

Food Review: Mister Donut One Utama !!

Assalamualaikum, aku tersedar xde org Review tentang product baru dari Jepun ni iaitu Mister Donut !!



Apakah itu Mister Donut?

Mister Donut adalah syarikat Donut yg asalnya dari US tapi terkenal di Jepun.

Well, saya tau sedikit sejarah Mister Donut tapi terkejut semasa pembukaan One Utama baru. Nampaknya Donut craze ini telah melanda di Malaysia. Pelik tapi benar !!

So mmg selalu pergi One Utama xdapat makan Mister Donut ini. Sehingga one day, GF aku ajak jom kita try Donut baru ni. Sbb dia nak try something new daripada Big Apple. She selalu makan Big Apple jadi dia nak cuba sesuatu yg baru juga dia suka dgn Krespy Kreme so siapa tau?? dia nak cuba Mister Donut sebelum dia ke Jepun.

*Bukan saya mengutuk atau anti Big Apple walaupun ex-girlfriend saya tinggalkan saya untuk Big apple donuts, btw i am writing about this in Big Apple Bukit Tinggi.

So kita pun pergi ke Mister Donut walaupun waktu agak lewat (sbb nak tutup) dan Jusco duk sale makanan sebanyak 50% or more. So kita sempat pergi Mister Donut. Kedai baru ini agak kecil seperti Dunkin Donuts tapi ada byk donuts untuk dipilih dan limited gak sbb mereka masih baru.

*Kalau datang awal RAMAI sbb org berebut nak beli tapi awal dia fresh n also byk variety !!

Pelayan kedai beri kita layan yg baik dan mesra dan beri cadangan dan masa untuk memilih donuts. My GF pun confuse pilihan mana yg terbaik, sbb semua nampak sedap. Jadi kita berdua pilih la, Pon De RIng (Mister Donut Speciality), French Cruller yg dip (Juga speciality), Something chocolate dan donut berinti mango.



Kwn2 girlfriend aku pun pilih la flavour mereka yg lain dari yg lain. So disebabkan One Utama tutup, kita headout to CentrePoint ada McD dan KFC di sana. So kita lepak la di sana dan makan. So sambil makan ada leaflet Mister Donut dan kita baca la apa donut yg special (tapi di kedai pun bagi tau gak).

gambar ni saya ambil n gf saya yg edit.. dia obsess dgn Pon De Ring ni !!


Lepas makan McD, me n my gf shared la Mister Donut.. kita potong separuh. Mula2 kita cuba Pon De Ring. Rasanya lain dari donut lain, kenapa?

Sbb Pon De Ring adalah Donut yg mengunakan tepung mochi atau tepung pulut untuk membuat donut tersebut. Rasanya juga unique gak !!

n then try French Cruller yg dip dgn white chocolate, sedap seperti makan pudding atau tart telur !!

yg inti mango lak, rasanya xmanis sgt dan xmasam sgt, rasanya unique dan xkuat seperti jenama diluar sana.

yg chocolate tu, rasa chocolate !! mmg sedap la !!

disebabkan i cuba sikit dan bukan yg lain, jadi saya xleh judge sgt2 but overall mmg sedap tau !!

Overall Mister Donuts get a 10/10 !!!

Positive side
- Donut yg unique
- Dari Jepun
- Flavours ada rasa yg xmelampau dari jenama lain termasuk krespy kreme.
- Ada lagi kejutan yg menarik !
- merekalah yg original Sushido sebelum ditiru oleh Donashi !

Negative
- Mungkin limited (donuts dan lokasi sbb One Utama je yg ada)
- xlembut mcm Krespy Kreme but hey !! it is Mister Donut !!
- ada satu cite nanti terkejut lak tapi kalau sedar, i ada tercakap siapa tauke atau parent company Mister Donut !! =P

mainan Mister Donut bila nak sampai ke Malaysia ni?? peminat dah ramai wooo !!!

Wednesday, December 28, 2011

Let's Play Minecraft

Ini let's play pertama saya.. cacat cela maafkan saya ye !!

Monday, December 19, 2011

Menangis bila tgk video ni !!

Assalamualaikum, maaf lah sbb saya sibuk dgn my studies. Waktu free, saya cari la idea dan tgk dan baca benda2 yg berilmiah bukan hoax mcm org ramai suka buat.

Sewaktu tgk video pasal ilmuwan Islam zaman dahulu dan documentary mengenainya. Saya terjumpa satu video yg begitu boleh kata terharulah.

Apakah video yg saya maksudkan ini?? video oldest recording of the Quran !!

apa memdgr video tersebut, menangis saya mendengar. Bukan sbb lama, tapi cara bacaan itu menarik.

jap mesti org kata ini HOAX ke apa?? sbb mana ada tape recorder zaman 1880-an??

Sebenarnya ada !! tapi bukan TAPE RECORDER !!!

nama recorder tersebut adalah sebuah Phonograph ciptaan Thomas Edison ! Ye ! org yg cipta mentol tu !

Kisahnya seorang pemgembara, ilmuwan dan mungkin perisik dari Belanda bernama Christiaan Snouck Hurgronje. Allahualam kita xtau niatnya ke Makkah tetapi beliau ke sana untuk bergambar dan merakam. Waktu beliau datang adalah bulan Zulhijah iaitu musim Haji. Beliau berasa hairan dan aneh, peristiwa apa yg org Islam sedang lakukan. Beliau pergi menangkap gambar2 pemgembara lain2 yg datang dari seluruh pelusuk dunia dan sempat rakam bacaan Al-Quran. Beliau juga terpegun melihat keindahan islam sewaktu bergambar dan mendengar bacaan Quran yg dirakamnya dan akhirnya beliau memeluk Islam. Kemungkinan beliau juga pergi menunaikan haji.

Juga ingat !! Makkah masa ini dibawah pemerintah Khalifah kerajaan Turki Usmaniyah !! sbb itu ada byk design yg fancy.



ihsan CNN, tekan sini untuk link asal dan maklumat yg lebih lanjut

Sunday, December 18, 2011

pengumuman

saya berada di Formula D !! Dataran Merdeka !!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails