Monday, February 6, 2012

Away tgk SUPERBOWL !!!

Tgk SUPERBOWL bye !!!

Enjoy music Superbowl !!

Thursday, February 2, 2012

Fakta Angkasa: Apollo 1

Sudah lama saya jarang blog tentang angkasa. Hari ini saya akan blog tentang angkasa mengenai Apollo 1. Bukan biskut atau kek Apollo yang kita suka makan ya !

Cake dan biskut Apollo, my favourite !!!


Logo Misi Apollo 1


Apollo 1 adalah salah satu misi Amerika Syarikat ke bulan atasan arahan dan cadangan President Kennedy sebelum beliau ditembak. Misi ini juga untuk bersaing bersama Russia yg telah maju dalam bidang angkasa. Ini juga adalah titik permulaan Perlumbaan Angkasa dan perang dingin bersama dua kuasa besar.

Nasa telah memilih 3 angkasa terbaik untuk misi ini. Angkasawan tersebut adalah Virgil "Gus" Grissom, Edward H. White and Roger B. Chaffee.

3 angkasawan yang dipilih


Apollo 1 ditugaskan untuk bagaimana kapal angkasa Apollo berfungsi di angkasa. Juga untuk mengendali Command Service Module iaitu sejenis kapal angkasa kecil tetapi unique untuk pengembaraan ke bulan. Banyak cadangan diberikan tetapi mereka hanya dapat membuat kajian tentang kapal angkasa Apollo 1 dan cadangan tersebut akan digunakan dalam misi seterusnya.

CSM Module(ini apollo 15 model yg canggih daripada Apollo 1)


Dalam banyak cadangan ada juga yang membantah misi tersebut kerana terlampau banyak benda yang berbahaya dan mudah terbakar ada dalam kapal angkasa Apollo iaitu nylon dan velcro. Ketiga-tiga angkasawan membantah kerana bimbang tentang keselamatan mereka tetapi tidak diendahkan oleh pihak NASA dan juga pihak yang mencipta kapal angkasa tersebut.

Pada tarikh Januari 27, tahun 1967. Sesuatu yang tidak diduga berlaku. Kapal Angkasa Apollo 1 tiba-tiba terbakar dengan maraknya. Paling menyedihkan ketiga-tiga angkasawan mati dan juga tidak dapat meyelamatkan diri mereka dan juga diselamatkan oleh krew penyelamat. Apabila krew penyelamat sampai mereka sudah terlambat. Ketiga-tiga angkasawan maut apabila menyelamatkan diri mereka. Selepas incident ini, ramai inginkan jawapan dan sebab kenapa angkawasan tersebut mati secara pantas dan tidak dapat diselamatkan.

Selepas siasatan mereka mendapati 5 perkara yang menyebabkan kebakaran di kapal angkasa Apollo 1. Pertama, Sumber api datangnya daripada tindak balas elektrolisis (electrolysis) bersama bahan mudah terbakar. Kedua, bahan mudah terbakar, banyak bahan dalam kapal angkasa termasuk pakaian angkasawan (space suit) dibuat dengan bahan mudah terbakar. Ketiga, atmosfera okisigen yang kuat menyebabkan api mudah merebak. Angkasawan di Rusia juga mati kerana bilik yg mempunyai ketumpatan oksigen yang tinggi sehingga menyebabkan mudah terbakar. Kes angkasawan tersebut dipadam oleh kerajaan Rusia yg zalim untuk menutup kegagalan mereka. Keempat, Reka bentuk pintu keselamatan, kerana pintu tersebut tidak dicipta untuk waktu-waktu kecemasan, ini pernah ditekankan oleh ahli keselamatan tetapi tak diendahkan. Kelima dan terakhir, persediaan kecemasan kerana tiada persediaan kecemasan untuk situasi berikut.

Siasatan ini juga telah membuat perubahan keatas misi angkasa dan juga peralatan yang kita gunakan setiap hari. Contohnya seperti mengantikan bahan mudah terbakar dengan yang kalis api seperti pakaian pelumba-pelumba yang kalis api.

Beberapa incident kemalangan maut angkasa daripada NASA pada bulan Januari dan Februari

- Kapal Angkasa Apollo 1 pada 27 Januari 1967
- Kapal Angkasa Challenger pada 28 Januari 1986
- Kapal Angkasa Columbia pada 1 Februari 2003

Click gambar untuk maklumat lanjut


pada April 24 anda tunggu untuk kisah Soyuz 1 lak.

Wednesday, February 1, 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails