Russia adalah sebuah negara yang maju selepas perang dunia kedua. Mereka negara komunis yang maju sehingga menjadi saingan negara-negara bukan komunis termasuk UK dan Amerika Syarikat.
Bendera Amerika Syarikat dan juga Kesatuan Republik Sosialis Soviet atau Kesatuan Komunis Rusia
ikhsan shuttleshock
Russia mendahului dalam bidang angkasa dari Amerika Syarikat. Pada masa itu, masih dalam proses untuk ke angkasa. Russia juga negara pertama menghantar satellit, binatang dan juga manusia ke angkasa.
Selepas beberapa kejayaan, Russia ingin menghantar manusia ke bulan apabila mengetahui bahawa negara saingannya Amerika Syarikat akan menghantar manusia ke bulan. Selepas matinya sainstis roket mereka iaitu Sergey Korolyov, Russia terpaksa teruskan program angkasa mereka dan juga program angkasa ke bulan.
Misi Soyuz pertama adalah untuk memperbaik misi sebelumnya iaitu Voskhod 2. Juga untuk testing space docking antara 2 kapal angkasa dan juga berjalan diluar angkasa seperti dilakukan pada misi Voskhod 2. Yuri Gagarin sepatutnya menjadi pilot pertama di Soyuz 1 tetapi disebabkan hal politik beliau tidak diterima dan menjadi backup pilot. Pada masa tersebut, Yuri Gagarin tidak tahu apa yang sedang berlaku dan kenapa pihak politik bertindak demikian. Pihak politik buat demikian kerana bimbang tentang kapal angkasa soyuz yang mempunyai 203 kesilapan ralat dalam kapal angkasa tersebut dan juga kapal angkasa tersebut adalah bahaya bagi seorang manusia untuk mengendalikannya. Pihak angkasa ini membaiki kesalahan tersebut atau ingin menghantar kapal angkasa tanpa manusia tetapi dihalang oleh pihak politik komunis Rusia kerana mereka tamak untuk bersaing dengan Amerika Syarikat tanpa mengerti maksud belas kasihan. Kawan karib dan rakan seperjuangan Yuri Gagarin iaitu Vladimir Koramov menjadi angkasawan pertama mengendalikan Soyuz 1. Beliau tidak tahu bahawa ini mungkin hari terakhirnya.
Yuri Gagarin
Vladimir Komarov
Yuri Gagarin dan Vladimir Komarov, mereka berdua kawan baik.
Soyuz 1 berlepas pada April 23, 1967 dari Baikanor Cosmodrome. Ini juga membuat Komarov org Rusia pertama ke angkasa 2 kali. Selepas pelancaran, bahagian solar tidak berfungsi. Peralatan komputer dalam kapal angkasa tersebut tidak berfungsi, sistem manual hanya yg separuh berfungsi. Misi penyelamat mengunakan Soyuz 2 untuk membaiki solar Soyuz 1 terpaksa dibatalkan kerana ribut dan kilat telah merosakkan sistem komputer di Soyuz 2.
Soyuz 1
Pada tarikh 24 April, misi Soyuz 1 dibatalkan dan Koramov dibenarkan masuk ke bumi selepas 18 pusingan orbit. Di bumi, Komarov berdepan dengan satu lagi masalah, payung terjun tidak dapat berfungsi menyebabkan kapal angkasa Soyuz terpaksa terhempas ke bumi dengan kelajuan yang tinggi. Komarov dengan berani cuba membuka sistem payung terjun dengan cara manual, tetapi gagal. Akhirnya kapal angkasa Soyuz 1 terhempas dan mengorbankan Komarov. Sebelum terhempas Komarov mencarut ke pihak jurutera dan juga bercakap dengan isteri sebelum terhempas. Vladimir Komarov diberikan Gold Star kerana menjadi seorang Hero untuk bangsa Rusia.
Kawasan kapal angkasa terhempas
jam tangan Koramov yg terselamat
Selepas incident tersebut, pihak angkasa Rusia dengan tegasnya membaiki kapal angkasa Soyuz supaya selamat untuk manusia ke Angkasa. Hari ini Soyuz adalah salah satu kapal angkasa yang terbaik dan masih digunakan untuk misi ke International Space Station. Lebih baik dari kapal angkasa NASA.
Monument Koramov sebagai tanda seorang wira angkasa yang terkorban.
Maklumat
Maklumat wiki tentang Soyuz 1
Fakta yang lebih terperinchi
Maklumat mengenai Soyuz 1
Berhati-hati jika anda search gambar Vladimir Koramov kerana ada gambar mayat beliau yg telah terbakar dan tidak boleh dicam. Tidak sesuai untuk kanak-kanak.