Tuesday, April 12, 2011

12 April 1961

Apa tarikh di atas dimaksudkan???

adalah satu tarikh yg paling bersejarah bagi manusia

tarikh ini adalah tarikh di mana suatu yg mustahil bagi manusia bukan lagi mustahil, di mana negara bersaing untuk kemegahan, di mana kedengkian bermula, di mana technology yg kita gunakan hari ini bermula pada tarikh ni 50 tahun dulu

apa yg saya cakapkan ni???

hari ni adalah ulang tahun ke 50 Yuri Gagarin ke angkasa atau manusia pertama ke angkasa !!



jom saya cite sikit...

pada zaman dahulu, Russia mmg terkenal dgn menghantar peralatan ke angkasa lepas iaitu Satellite seperti Sputnik 1 dan juga menghantar anjing pertama ke angkasa iaitu Sputnik 2..

selepas pelbagai kajian (atau teori konspirasi pasal Phantom Cosmonaut) dan pelancaran kapal angkasa Sputnik 9 dan 10.. Russian akhirnya memilih dan bersetuju untuk menghantar seorang manusia ke angkasa lepas.

dalam pemilihan hanya 20 terpilih dan salah satunya adalah Yuri Gagarin.

Yuri Gagarin mmg rajin dan dipilih apabila size-nya sesuai untuk masuk dlm kapal angkasa vostok 1.

Yuri Gagarin



*click untuk besar !!!

pada pukul 06:07 UTC, kapal angkasa vostok 1 berlepas ke angkasa. Daripada maklumat saya ada baca mengatakan kapal angkasa Vostok 1 kalau berbanding dlm kapal angkasa hari ini adalah lebih bahaya dan juga boleh menyebabkan kematian.

Selepas pelancaran yg berjaya. Yuri Gagarin berada dlm kapal angkasanya dan melihat keajaiban bumi. Dia dapat melihat bumi dgn cantiknya di angkasa. Dia xpercaya bahawa cantiknya bumi apabila dilihat di angkasa.

Semasa di angkasa, Yuri Gagarin rasa terapung-apung dan gembiranya apabila diatas angkasa.

Masanya untuk kebumi, ada beberapa masalah technical di kapal angkasa. Capsule reentry terlekat bersama wire2 bahagian belakang kapal angkasa menyebabkan kapal angkasa mengalami kesusahan untuk adjust. Engine Retro Rocket juga gagal sewaktu pendaratan. Nasib baik kapal angkasa itu ada ejection module (ala yg dlm kapal jet pejuang tu).. telah eject dan Yuri Gagarin terselamat dari terhempas. Apabila beliau mendarat dgn payung terjun, ada petani wanita bersama anak perempuannya terkejut melihat sesuatu yg aneh jatuh dari angkasa. Dan juga melihat alien atau manusia yg memakai baju angkasa tebal yg berwarna oren datang ke mereka. Mereka takut tapi Yuri memberitahu bahawa dia org Russia sama sepertinya dan perlu menelefon Moscow untuk menceritakan apa yg terjadi juga menberitahu tentang lokasinya.

Selapas pendaratan, Yuri Gagarin di-iktiraf sebagai Hero Russia dan ramai dari seluruh negara menghormatinya kerana pergi ke angkasa dan selamat balik ke bumi.

di bumi lak, President Komunis Russia Nikita Khrushchev membuat khabar angin untuk promote kekuatan komunis-nya dgn mengatakan bahawa "Yuri Gagarin kata x-ada tuhan di angkasa," sedangkan Yuri Gagarin adalah beragama Christian Orthodox dan juga tiada percakapan dlm radio ke angkasa yg mengatakan "tiada tuhan". Mmg pada zaman komunis Russia ramai org terpaksa sorokkan agama mereka jika tidak mereka akan dibunuh dgn kejam. Kekejaman ini berlaku pada zaman Stalin.

Pada masa tersebut, Russia teruskan membuat kapal angkasa dan penyelidikan angkasa. Penyelidikan mereka ini la yg membuat ramai anak2 muda berani ke angkasa juga mencipta peralatan2 yg canggih dan mudah alih.

Pada masa tersebut, Amerika Syarikat dengki dgn Russia kerana berjaya ke angkasa dan mereka pun ingin cuba ke angkasa dan lahirnya Space Race atau Perlumbaan Angkasa.

More articles yg menarik
Tentang bagaimana bahayanya kapal angkasa Yuri Gagarin
Movie First Orbit yg lama 1 jam tapi menarik dan direcord atas ISS
Video music pasal Yuri Gagarin dan apa berlaku semasa pendaratan

2 comments:

  1. hi SD.. thanx sebab sudi singgah blog ai dan tinggal komen. ai serang balas balik ni dan terus tinggal jejak follow yu.

    kalu sudi, jom follow ai plaksss...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails