Friday, October 7, 2011

Aku bersama Apple

Assalamualaikum hari ni nak post pasal kisah Apple.



Hari ini, Steve Jobs telah meninggal dunia telah menyebabkan ramai termasuk saya terkejut dgn berita ni tetapi saya tahu satu hari nanti beliau akan meninggal dunia kerana penyakitnya. Penyakit Steve Jobs sama seperti arwah ayah, tiada ubat dan cara untuk sembuh.



Ok, saya akan bercerita tentang Apple dalam kehidupan aku dari zaman aku kecil sampai hari ini. Ada kisah suka dan BENCI.. so baca la

PERINGATAN MUNGKIN ADA KATA-KATA KESAT DAN BERBAUR PERKAUMAN, ANDA TELAH DIBERITAHU !!

1994

Forrest Gump


Masa tu video tape Forrest Gump keluar tahun 1994, ye masa tu Malaysia slow kalau ada movie baru dan kena tunggu dalam 2 3 tahun untuk keluar juga masa tu tape ORIGINAL dan Cetak Rompak xde org kisah sbb Singapura dah keluar awal. Saya teringat watak Dan Taylor, dia invest dlm syarikat Apple Computers. Mak aku suka cite tu sampai dia cite kat arwah ayah, my mom pun cite kata watak Dan Taylor invest dalam syarikat komputer yg dicipta oleh pelajar iaitu Apple. Kalau apple mesti aku ingat 2 budak pelajar tu iaitu Steve Jobs dan Steve Wozniak. Yes, masa tu my mom kuat baca TIMES magazine dan surat khabar pun masa tu OK dari hari ni yg lebih lucah dari fakta.

2 students yg mak aku cakapkan


Steve Jobs dan Steve Wozniak

1995


Animasi paling aku minat adalah TOY STORY, siapa xminat cerita fantasy kanak2 yg dibuat guna CGI.. wow mmg terpegun la tgk. Sbb minat aku ada original woody mcm cite toy story tapi sayang anak saudara (anak sister aku siapa lagi) aku rosakkannya... sedih sgt2. Now bukan murah nak beli.. mmg nak plan beli original buzz lightyear tapi xjadi.. masa ni Steve Jobs adalah President Pixar, syarikat Animasi yg power la !! *saya rasa sampai hari ni mereka masih POWER

1998


Apple memperkenalkan IMAC, sejenis all in one PC. Masa tu mcm ala semua PC sama je, *aku budak2 mana la tau
warna menarik tapi tah.. n masa ni iklan dia famous sgt2 sampai di jalanraya berlambak iklannya.

*ada di federal highway sehingga tahun 2003 kot iklan apple ni, masih xfaham kenapa si artis marah sbb gambar di highway sedangkan mmg highway tu ada BYK IKLAN LAMA.

1999

TV2 masa tu ada rancangan kanak2 yg terlampau kerek bernama G**DEN K*** CLUB. Studio mereka selalu gunakan IMAC dan kerek la. Setiap hari selalu kecoh pasal iMac iMac iMac. Mmg benci la dgn Apple sbb bebudak ni duk kerek dgn Apple !! bangga dgn PC !! walaupun P1.

2002


Apple memperkenalkan iMac G4 atau Macbulat aku panggil kerana bentuknya yg pelik atau bulat. Masa tgk video wow boleh tahan gak harga dan semua tapi... errrr si bebudak Kerek promote iMac so hate apple !!!

Masa ni kwn aku yg suka buat cite atau fitnah (sorry ye tapi aku xtau kalau awk sekarang mcm tu) dia brag la beli PC dgn duit insurance arwah ayahnya untuk beli satu PC berkuasa tinggi RM10,000 . Niatnya untuk mengalahkan Apple !!! tapi kerana dia kerek, dia xtau PC dia outdated seminggu selepas pembelian.

Masa ini juga NTV7 duk show off satu makcik ni mengunakan iMac untuk edit videos. Wow kerek nak mampus tgk. Tau la makcik tu kaya giler sampai show off rumah dia yg ada swimming pool (mungkin rumah pinjam siapa tau?) n then edit mcm movie hollywood. Mmg masa ni aku dgn kwn menyampah tgk. Aku rasa iklan mcm ni meluat, kalau Apple.Inc iklan mcm tu mesti mereka bunuh terus director yg buat tu sbb barangan mereka NOT TO BRAG. Mmg iklan tu buat aku dan ramai hate Apple !!

2004


Ipod Classic 1G


Ipod mini

Ipod, bila teringat ni ada lawaknya. Bestfren arwah ayah dari masjid yg SUPERKAYA dan SUPER-GENEROUS pada org miskin (xsure kalau generous pada org miskin Malaysia la). Dia belikan anaknya ipod mini, anaknya ada semua warna ipod mini, kalau 10, 10 lah warna budak tu ada. Mmg action la budak tu bawa ke masjid dan sekolah. Even handphone pun, kalau model baru keluar mesti dia beli model baru. So topic bukan sbb dia tapi pasal budak tu boleh beli 10 warna ipod mengalahkan org kaya biasa membuatkan aku pikir. Hey ipod ni untuk org kaya la, kita yg miskin apa ada? discman je. Ok, tapi pemikiran aku berubah apabila...

Abang dari US balik, so dia tunjukkan la Ipod. Ipod ni mp3 player la. Dia punya classic dan 2 anak perempuannya Ipod Mini (1 person each bukan mcm budak overkaya tu k). Wow cantik but still apple product yg mahal giler nak mampus. But no offence, i suka tgk ipod. Unique walaupun screen dia masa tu hitam putih. Still mmg impian untuk memiliki ipod.

*Uncle plz maafkan aku ye !!

2006

Abang aku kerja sendirian selepas ditipu oleh byk syarikat kerajaan (satunya syarikat yg warnanya ungu n owner dia sekarang seorg mamak yg sial dan rambut palsu mcm Elvis). Masa ni dia beli sebuah Apple computer. Katanya nak testing la. Tetapi testing tu in the end, Abang aku suka guna macbook. Kalau datang rumah dia show off la mcm2 benda dgn macbook dia. Mmg wow terpegun tgk. Masa tu, minat ke Mac ada la sikit. Tapi mmg abang aku bila beli Mac, dia xtukar lagi ke windows. Aku masa ni duk belajar sikit pasal Mac. Mak aku ada nampak Macbook dan mula cerita kisah budak pelajar itu. Masa ni xsilap bro aku suruh guna Linux. Alhamdulillah.

2007


Iphone 1G

Keluarnya Iphone dan wow semua org duk kecoh. Masa tu Abang aku dari US dah ada, dan tgk la. Ok tapi xsuka nak sms guna tu sbb keyboard dia mmg annoying. Mac dah canggih dgn datangnya Leopard OS X. Mcm2 features. Hebat2. Masa ni member aku dari Doha cerita la pasal Apple dan dari situ mula la sikit suka mac. Masa tu guna linux gak. Masa ni abang aku bagitau bahawa Mac OS X guna perisian linux, jadi kalau awk dah biasa dgn linux maybe dah biasa dgn mac. (mmg betul pun) Masa ni MAC OS X ada speciality iaitu TIME CAPSULE !! file hilang atau delete?? time capsule akan pergi balik pada zaman file itu masih ada.

2009

Masa ni duk kerja part time with my bro. Ada satu meeting ke Johor. So abang aku bawa aku teman dia la dan tgk cara dia present. So masa ni, dia ternampak Mp3 player aku yg dah lama aku gunakan dari tahun 2006 (masih boleh guna sampai hari ni) Alangkah terkejutnya dia sbb aku cermat. Ok so masa tu my bro order iPhone 3GS dari US, order dgn abang kita yg duduk sana la. So dia order dan sampai. Bila sampai ada satu bungkusan kecil, dia beri aku. Aku pun pelik, kenapa beri aku kan?

Dia pun tell, aku dgn abang awak dari US hadiahkan ipod nano ini sebagai hadiah cermat sbb awak pandai jaga barang, and then sedih bila melihat awk dgn mp3 player lama tu, pastu awak tak pernah nak beli sesuatu yg mahal hanya idamkan (wishlist). Kita tau awk bukan mcm anak sister kita yg beli barang mahal pastu rosak dalam tempoh sebulan (ada saya post pasal ni). Abang ipar awak pun xkisah pasal kesusahan awak. Jadi sebagai hadiah brotherhood, kita hadiahkan ipod ni.


My ipod k

lahirlah video tersebut lepas beli.
video lawak yg kerek

Walaupun ipod ni outdated seminggu selepas dibeli. Aku bersyukur sgt2. Sbb xpernah ada peralatan sebegini, also this is my 1st apple product and my 1st ipod. Anda boleh tgk kehebatan ipod. Xpernah tgk sejenis alat secanggih ipod tersebut.

*Masa dapat ipod ni, minah NX beli camera nikon dan alangkan marahnya dia dgn camera dslrnya, xbersyukur, akhirnya camera ini dicuri semasa dia letakkan di luggage kapal terbang sedangkan barangan camera dan computer is hand luggage. Ayah minah NX lak hilang macbook airnya di NY, pastu beli macbook pro dan byk dia complain sbb wifi rosaklah, projector ada prob la.. mcm2 la. *dah tanya semua org Apple, mereka kata dia dapat faulty punya dan kenapa dia x tukar2? Masa ni minah NX ada iPhone sbb University dia guna dan akhirnya nazak sbb masuk dalam jamban.

2010

Masa ni computer dell aku dah nazak. Selalu buat kerja dia mati. Worried tau. So aku pun plan nak beli Macbook. Idamkan Macbook Pro 15 atau 17. In the end, dapat Macbook pro 13 (yg bersama aku sampai hari ni pada masa ini). Masa ini juga Macbook telah turunkan harga supaya setanding dgn PC biasa. Birthday juga abang aku hadiahkan iPhone 3GS dari digi (sbb Digi selalu bagi dia free handphone dan dia dah ada iPhone 3GS). Mmg Apple products ni terkenal. Oh masa ni kedua-dua abang aku upgrade ke Macbook Air yg latest. Selepas guna Macbook, wow perbezaannya ketara. Seriously, crashes pun kurang berbanding windows. Alhamdulillah Macbook Pro ni byk membantu. Masa ni aku byk baca pasal Steve Jobs dan tgk videonya. Hebat Steve Jobs, movie pasal dia aku tgk dan wow aku boleh imagine bagaimana dia mengubah dunia. (akan datang diposting ke3). Aku dgr berita Steve Jobs sakit Cnacer Pankreas, teringat arwah ayah. Penyakit yg mengundang maut. Aku masa tu ingin hantar special parcel kat Steve Jobs untuk makan ubat sauda bagi sihat sikit tapi bimbang mungkin org nanti salah faham niat aku. Aku pun berharap beliau leh sembuh sbb mmg salah satu cita2 saya untuk jumpa beliau dan bagi beliau satu project atau apps yg xpernah dicipta atau digunakan (rahsia sbb saya nak dapat royalty untuk patent ni).

2011

Menulis blog dgn macbook pro sambil changing ipod dan iphone di sebelah. Steve Jobs meninggal dunia semalam atau kelmarin dan...

ini gambar untuk tribute ke Steve Jobs !!



3 barangan Apple miliku.

p/s: tunggu untuk part 2. Fakta menarik Apple dan Steve Jobs !

3 comments:

  1. wahhh..bnyknya sejarah apple dlm idup aiman yek!!

    ReplyDelete
  2. fuh.. apple... best.. tp mahal la..

    p/s:jom bercuti ke melaka, nak homestay ce tgk cni http://tripleahomestay.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails