Monday, April 25, 2011

Dr Faiz akan ke ISS jika ekonomi mengizinkan

Dari Berita Harian dan BERNAMA



Dr Faiz

LABUAN: Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed hanya akan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) jika keadaan ekonomi negara mengizinkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) Zailani Samberid.

Bagaimanapun, beliau berkata, perancangan sudah dibuat untuk menyambung latihan yang diperlukan oleh Dr Faiz untuk mengekalkan kecergasannya sebagai sebagai persediaan misi itu.


ISS

Menurut beliau, misi itu terjejas berikutan masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 2008 dan 2009 yang menyebabkan dana untuk misi itu perlu digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain.
Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada selama 10 hari di ISS pada Oktober 2007.

"Kita bertanggungjawab menjalankan program mendidik belia dan kanak-kanak berkaitan pendidikan sains angkasa dan juga mendapatkan dana untuk membiayai misi Dr Faiz ke angkasa lepas nanti," katanya kepada Bernama di Forum Belia Asean Tentang Kreativiti dan Inovasi (AYFIC) 2011, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha menyemai minat berkaitan sains angkasa kepada pelajar.

Selain itu, ketika ditanya keperluan mempunyai seorang pelapis kepada Dr Faiz, beliau berkata, pemenang Cabaran Angkasawan Malaysia, Awang Shahrizan Awang Abu Bakar, 28, dari Sarawak, kini membantu Dr Faiz dalam mengelolakan program sains angkasa.
"Awang Shahrizan juga sudah pergi ke Pusat Angkasa Lepas Yuri Gagarin di Moscow, Russia untuk meninjau kemudahan latihan angkasawan di sana selepas memenangi cabaran itu di Pulau Langkawi dahulu," katanya.

YAM hadir di AYFIC 2011 bagi membantu Yayasan Inovasi Malaysia dalam menjalankan program berkaitan inovasi dan kreativiti membabitkan 113 peserta daripada negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan China.

Forum tiga hari itu yang berakhir esok membabitkan perbincangan di kalangan kalangan delegasi belia ASEAN berkaitan inovasi terbaru dan pemikiran kreatif.
- BERNAMA



=====================================

Kata Penulis Blog:

Insya-Allah saya percaya Dr. Faiz akan ke angkasa !! Tapi saya berharap beliau leh berusaha sikit untuk menjadi seorang Payload Speialist atau Pakar Muatan. Juga dgn usaha ini beliau xperlu lagi bergantung kepada kerajaan untuk ke angkasa.

Bukan saya nak bangkang kerajaan atau apa tetapi dlm kehidupan kita xboleh bergantung 100% pada kerajaan atau sesiapa kecuali Allah.

Saya percaya beliau boleh lakukannya !!

2 comments:

  1. i don't really hear much about this guy (and that might because of me not really getting up to date with current issues :P). what happens to him now?

    ReplyDelete
  2. he is currently working with our Space Agency ANGKASA

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails