Sunday, August 7, 2011

Berita Angkasa: Juno berlepas ke angkasa

untuk lebih maklumat lanjut sila ke laman web NASA, click sini untuk versi asal dan panjang

PASADENA, Calif. -- Kapal Angkasa milik Nasa Juno telah berlepas dari Lapangan Terbang Tentara Udara Cape Canaveral di Florida pada hari Jumaat pukul 12.25 a.m waktu Malaysia untuk pengembaraan 5 tahun ke planet Musytari.

Kapal Angkasa Juno akan ke planet terbesar sistem suria untuk mengkaji dan mendedahkan asal-usul dan evolusi planet Musytari. Sebagai "archetype" asal planet gas gergasi, Musytari boleh membantu ahli sains memahami asal-usul sistem suria kita dan belajar lebih lanjut mengenai sistem planet di sekitar bintang-bintang lain.

Untuk Maklumat lanjut tentang Juno, lawat http://www.nasa.gov/juno and http://missionjuno.swri.edu

=============================================

Semalam Nasa akhirnya telah lancarkan Juno, sejenis kapal angkasa yg digunakan untuk menyelidik planet Musytari yg penuh dgn mystery. Planet tersebut mempunyai pelbagai misteri yg aneh.

Ada berpendapat ada hidupan dlm planet tersebut, ada yg kata planet tersebut adalah matahari yg belum atau xjadi, dan pelbagai soalan.

Planet Musytari


Saiz sebenar Bumi dan Planet Musytari.


dan Lapisan Planet Musytari dan Zuhal


Gambaran artist Kapal Angkasa Juno di planet Musytari

Credits to JPL/NASA

Kapal Angkasa Juno akan membongkar misteri planet Musytari. Dia akan mengetahui asal-usul sistem suria dan juga planet Musytari dan bulannya. Siapa tau jika planet musyteri mempunyai daratan kerana planet musytari dilabel sebagai planet gas atau planet jovian kerana mempunyai lebihan gas. Juga untuk membongkar misteri ribut-ributan yg active dari azali termasuk the great red spot atau ribut bintik merah, ribut yg paling ganas di alam semesta. Planet Musytari mempunyai kuasa elektromagnet yg kuat sehingga dapat menukar orbit komet untuk melanggar kearahnya. Kuasa elektromagnet ini juga akan diselidik.

gambar kapal Juno berlepas

Image credit: NASA/Bill Ingalls


Image credit: NASA/Bill Ingalls

Kalau dulu voyager gunakan battery radiasi, Juno tidak dan dia mengunakan tenaga Solar..

selepas misi ini berakhir, Juno akan terhempas di planet Musytari supaya kapal angkasa tersebut xlanggar dgn bulan berais Europa, takut akan berlaku tindak balas bakteria dgn air yg boleh menyebabkan kehidupan hidup di bulan tersebut dan membuat bulan itu panas.

Kalau Dr. Sagan masih hidup, dia mesti gembira melihat Kapal Angkasa Juno dilepaskan untuk penyelidikan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails