Need For Speed: Hot Pursuit
A Malay fanfiction
Prologue
Seorang jejaka sedang bermain dengan iphonenya sambil menunggu penerbangannya ke Seacrest County.
"Penerbangan UA345 dari New York ke Seacrest County dalam perjalanan, sila tunggu di Gate B,"
Mansor berdiri dan beratur sambil memberikan tiket kepada pegawai sebelum menaiki kapal terbang. Dia membaca doa sebelum masuk dan duduk di tepi cermin untuk melihat permandangan cantik Allah berikan.
Penerbangan UA345 telah mengambil masa 6 jam dari New York untuk sampai ke Seacrest County yg terletak di Barat Amerika Syarikat.
"Aduh, panasnya! Kenapa mereka bina lapangan terbang ditempat yang panas?" kata Mansor sambil mengesat peluhnya.
Sebelum sampai ke luggage area, Mansor kena pergi ke imigresen untuk check passport, apa yg mengejutkan adalah student Malaysia yang lain tidak dapat masuk dan juga yang bergaduh dengan pihak imigresen dan kastam. Giliran Mansor pula, tetapi dia tenang.
"Awak buat apa disini?" tanya pihak kastam dengan tegasnya.
"Belajar, ini Kad HIjau dan Visa Pelajar saya," jawab Mansor dengan tenangnya.
"Dari muka awak saya tahu awak boleh diharap, Selamat datang ke Seacrest County," pihak kastam jawab dengan tegas tapi peramah.
"Terima Kasih" katanya Mansor dengan lega, pihak Kastam US memang tegas dan kasar jika awak kurang ajar dengan mereka. Mereka buat begitu kerana bimbang kemasukkan penganas ke Amerika Syarikat.
Mansor pergi kearah satu teksi, dan meletakkan barangannya dalam teksi tersebut. Pemandu teksi itu peramah dan bertanya beberapa soalan.
"Awak orang Pakistan?" tanya pemandu teksi yang berasal dari Pakistan.
"Tidak, saya orang Malaysia tetapi kacukan Pakistan,"
"Patutlah dari muka awak saya tengok awak kacukan Phattan. Apa awak buat di sini?"
"Belajar, sila bawa saya ke alamat ini selepas itu bawa saya ke Pengedar Dodge, Saya nak beli kereta disana!"
"Oh, belajar! Kenapa awak nak beli di sana? untuk berlumba?"
"Tidak, saya bukan disini untuk berlumba. Saya malas nak pandu dari New York ke Seacrest County."
"Saya nasihatkan awak untuk tidak berlumba haram disini, bahaya! Sejak 2003 ramai pelajar Malaysia buat masalah di Seacrest County salah satunya berlumba haram. Banyak kemalangan telah berlaku. Apabila keadaan menjadi teruk Polis Seacrest melancarkan skuad Hot Pursuit untuk hentikan sesiapa yang berlumba haram!"
Mansor mengangguk kerana tahu kenapa berlaku demikian. Akhirnya Mansor sampai ke destinasi tersebut lalu meletakkan bag.
Selepas selesai letak bag dalam apartment yang dibeli oleh Mansor. Mansor pun pergi ke kedai Dodge. Kedai Dodge mempunyai banyak kereta dan satu kereta disukai oleh Mansor. Mansor memilih kereta model Dodge Charger yang terbaru.
Mansor gembira memandu kereta tersebut sehingga sampai di lampu isyarat, kelihatan pelajar Malaysia mengganggunya dan bercakap dalam bahasa inggeris yang sangat kurang ajarnya.
"Hey, budak awk kenapa pandu kereta Muscle? Kereta Muscle ni untuk org yang lemah! Tengok aku guna kereta Nissan Silvia, lagi hebat dari sampah awak beli ini!"
Mansor tidak balas dia tahu dia akan dimarahi atau dilayan dengan teruk kalau melayan budak-budak tersebut.
"Hey awak lihat sini, ada lampu isyarat sini ada garisan penamat di depan, kalau awak berani awak lumba la dengan saya,"
Mansor tidak mahu bercakap, disebabkan pelajar itu marah, dia meludah kat kereta yg baru dibeli Mansor. Mansor marah lalu buka tingkapnya dan jawab.
"Baiklah aku akan lumba dengan kamu!! Jangan awak menyesal atau ganggu aku lagi!"
Pelajar itu seolah-olah ketawa dengan kata-kata Mansor.
Apabila lampu isyarat tukar ke warna hijau. Kedua-dua kereta bergerak dengan pantasnya. Kereta Mansor pelahan tapi dapat mengejar kereta di hadapan. Pelajar di kereta hadapan gembira sebab dapat meninggalkan Mansor tetapi di cerminnya ternampak kereta Mansor mengejar kereta di belakang. Pelajar tersebut panik dan hampir hilang kawalan. Dia menyesal mengetahui orang yang dia berlumba dapat mengejarnya.
"Mustahil, kereta ni berkuasa tinggi! Takkan kereta Muscle yang berat boleh kejar?" kata pelajar tersebut dengan paniknya.
Dalam pemikiran Mansor, "Mesti mereka dah panik, itulah jangan pandang rendah dengan orang!" Mansor cepat-cepat Perfect Shift dan membuat keretanya kedepan dan memenangi Drag race tersebut, pelajar tersebut malu lalu meninggalkan Mansor.
"Nampaknya aku kena ubahsuai kereta ini supaya budak-budak Rice ini tak ganggu aku!"
*Rice bermaksud kereta yang dimodify dgn melampau atau kerek. Bukan nasi k ! kerap digunakan dlm dunia permotoran US.
Mansor ke Seacrest University dan mendaftar, selepas mendaftar, terus dia ke kedai ubahsuai di sana. Pelbagai ubahsuai dibuat pada kereta tapi untuk Mansor tak cerewet dan pandai dalam ubahsuai kereta. Dia hanya ubahsuai yang mana patut seperti camshaft, muffler, supercharger, suspension dan brek. Selepas diubahsuai, Mansor pergi dyno kereta tersebut untuk melihat pretasinya adakah seperti dia inginkan. Alhamdlillah semua seperti diinginkan oleh Mansor. Akhirnya kereta dibawa balik ke tempat tinggalnya.
Mansor pun berfikir selepas satu hari yang memenatkan.
"Harap-harap, tiada orang mengganggu aku, aku tahu aku tak boleh lari dari berlumba dan mesti bebudak tu akan datang lagi,"
No comments:
Post a Comment