Sunday, July 12, 2009

Hati-hati dgn makanan Jepun (with my opinion)

taken from adrysabry.com

topic Hati-hati dgn makanan Jepun

for all of u... fans of Japanese food...

=========================================



Aku terbaca artikel (Al-Islam keluaran Mei 2009, m/s 8-13) mengenai menu utama dalam masakan jepun. Aku tau terdapat segelintir kawan kawanku tak kira reader atau silent reader blog ni yang merupakan penggemar makanan jepun jd wajarlah kalau aku point out beberapa fakta yang ku rasakan penting untuk peringatan bagi kita semua… lagipun kalau ada ilmu hatta sedikit mana pun wajar disebarkan.

Sebenarnya kalau dilihat sepintas lalu cara penyediaan makanan makanan jepun memang tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana secara asasnya ianya terdiri daripada bahan bahan mentah yang diakui kehalalannya. Namun begitu bila sebut makanan jepun kesemuanya memerlukan sos bagi menyedapkan makanan tersebut. Tapi tak ramai yang tahu kebanyakan (bukan semua ok) sos yang digunakan ini mengandungi bahan bahan seperti alkohol, wain, mirin atau sake.


SAKE

Sake dan Mirin adalah bahan asas/utama yang perlu ada dalam setiap makanan jepun. Sake ialah sejenis alkohol yang dihasilkan daripada proses penapaian beras, manakala Mirin ialah alkohol yang dicampurkan dengan bahan bahan manis yang juga dilabelkan sebagai Alcohol Bean.



Mirin adalah minuman beralkohol bewarna kuning , rasa sangat manis dan mengandungi gula sekitar 40-50% dan alkohol 14%. Kebiasaannya dalam masakan jepun ia diolah dengan cara nomono (Merebusnya dengan kicap dan dashi -ikan bilis). Ada dua jenis mirin iaitu mirin-fu (Alkohol rendah 1%) dan Hon-Mirin (Mirin Asli) campuran ragi , alkohol dan ditapai selama 60 hari.

Antara Sos Celup Makanan jepun keluaran kik-koman.

1. Tempura & Noodle Sauce - mengandungi mirin dan alkohol.
2. Teriyaki Marinade - Mengandungi Wain
3. Naturally Brewes Soy Sauce - Mengandungi wain.
4. Naturally Brewed Premium Soy Sauce - Mengandungi wain.
5. Teriyaki Marinade (Thick) for barbecue& Grill - Bersih, tiada alkohol, wain, mirin dan sake.
6. Special Fragrance Soy Sauce Asean Taste - Bersih, tiada alkohol, wain, mirin dan sake.
7. Sushi&Sashimi Soy Sauce - Bersih, tiada alkohol, wain, mirin dan sake.

Sake dan Mirin Haram Mutlak
Alasan dan hujahnya mudah. Kedua-dua bahan tersebut diproses dengan niat menjadikan ia sebagai arak. Hal ini disebut oleh Profesor Muhammaad Abdul Salam dalam bukunya Musykilah Istikhdam al-Mawad fi al-muntajat al-ghazaiyah yang mengatakan ,jenis jenis makanan dan minuman yang menggunakan alkohol jenis memabukkan dengan tujuan mendapatkan rasa yang lebih sedap dengan jelas tidak dibenarkan dalam Islam. Ini kerana alkohol yang diletakkan adalah sama yang digunakan dalam pembuatan arak, dan penggunaannya diharam secara mutlak oleh ulama.


click to enlarge !

Jadi secara umumnya… kepada mereka yang suka memakan makanan jepun di restoran restoran jepun yang ada di Malaysia, jangan lah mudah terpengaruh dengan sign Serve No Pork atau yang sewaktu dengannya sebab dalam Islam Babi/Khinzir bukan satu satunya yang haram. Aku tidak cakap yang makan makanan jepun tu haram ok… cuma sebagai orang Islam kita kenalah berhati hati. Sebab penggunaan arak adalah perkara lazim dalam memasak masakan jepun sehinggakan perbuatan mengubah makanan jepun dianggap biadap oleh mereka.



Paling baik adalah mencari restoran yang disahkan halal oleh Jakim. Kalau ada …alhamdulillah, tak perlu was was.

Aku akhiri entri ni dengan sepotong ayat dari al-Quran dan hadis yang bermaksud :
WAHAI orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya. (al-Baqarah: 172)

Rasulullah saw. bersabda,

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga dari yang syubhat, berarti dia telah menjaga din dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjerumus dalam syubhat berarti dia telah terjerumus kepada yang haram. Sebagaimana seorang pengembala yang mengembala di sekitar larangan, maka lambat laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki daerah larangan. Adapun daerah larangan Allah adalah apa yang diharamkan-Nya.” (HR Bukhari & Muslim).

Kalau sesapa ada pendapat sila.. kita buka perbincangan.

Wallahualam.

=========================================

to me.. kalau nak beli Japanese food... tgk pemilik dia.. org Islam ke tak??

dia mesti tau halal n haram... even pekerja mereka.. especially yg Islam..

apa i sedar byk kedai makanan Jepun yg Halal n Islam yg tak laku... yg laku adalah yg haram even restoran Jepun yg pekerja melayu tapi pekerja melayu mereka serve arak...

Alhamdulillah kebanyakan kedai Jepun yg i makan adalah Halal.. but one prob la.. JAKIM ni still lazy to verify kedai yg HALAL... n then bila dah terbukti tak halal, baru la bertindak la... apa la... makes me hate Jakim more like what they did to my fren di UiTM !!

JAKIM just do ur job k !!!!!

1 comment:

  1. terima kasih kerana mengingatkan saya ... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails