Monday, July 20, 2009

funny news

i found this in one website !!

=================================

Minum arak: Model dihukum 6 sebatan



Seorang model pelancongan didenda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak.

Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak menjalani hukuman penjara tiga tahun, jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira pukul 11.40 malam pada 11 Julai tahun lepas, laporan Bernama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak ragu-ragu dalam menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember tahun lepas.

Tertuduh yang dilihat mengalirkan air mata ketika penghakiman dibacakan kemudian memohon penangguhan hukuman untuk rayuan melalui peguamnya, Mohd Zuki Che Mat Ghani.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie, Saiful Idham Sahimi.

=================================

Ooooooooooo kalau model ni minum.. bukan main marah sebat n denda... then Remaja2 Islam kita tu yg slumber minum arak kat bar tu ???

tak halang ke??

yg bawa arak sekolah tak halang ke??

dah ramai la org Melayu minum arak ni...

2 comments:

  1. betul betul betul...
    yang remaja dok selamba je minum arak depan2 tu apesal tak tangkap, tak saman..
    tapi agak-agak saya la, kalau disaman semua orang Islam yang minum arak ni, mau kaya negara kita. Kaya dengan duit-duit saman diorang!

    ReplyDelete
  2. sekurang2nya dia da kna hukuman di dunia..
    org lain Allah bg hukuman di akhirat.. Allah knows everything He do...

    btw kita tak lihat sendiri apa yg sister tu buat. Sbb Allah sygkan dialah Allah bg dia hukuman di dunia agar dia bertaubat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails